Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi. - Foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran UMNO yang dijadualkan esok ditangguhkan.

Penangguhan itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan lewat Jumaat malam.

Kolokium yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 Bahagian seluruh negara.

Menurut Ahmad Zahid, ekoran pengangguhan itu, satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan jam 11 pagi Sabtu  untuk membincangkan perkembangan muktakhir politik semasa tanah air.

Ia termasuk bersangkutan pengumuman pengurangan tempoh hukuman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Najib dibebaskan 23 Ogos 2028, denda dikurangkan kepada RM50 juta

1 Komen

  1. Percaya kepada Tuhan
    Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
    Keluhuran Perlembagaan
    Kedaulatan Undang2
    Kesopanan Dan Kesusilaan

Comments are closed.