Replika naga berukuran hampir 200 meter yang dianggap terbesar di dunia menjadi tarikan sempena Tahun Baharu Cina di Jonker Walk, Banda Hilir di sini.

MELAKA – Replika naga berukuran hampir 200 meter yang dianggap terbesar di dunia akan menjadi tarikan sempena Tahun Baru Cina di Jonker Walk, Banda Hilir di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo berkata, lebih menarik persembahan itu juga adalah sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

“Pembutan replika naga yang menelan belanja RM500,000 sejak dua bulan lalu ini melambangkan kegagahan, keberanian dan perpaduan rakat negara ini khususnya di Melaka.

Dengan berat 160 kilogram, 588 kaki atau 179.2 meter panjang, naga terbesar di dunia ini memerlukan hampir 200 orang untuk diarak di Jonker Walk, Melaka

“Dengan berat 160 kilogram, 588 kaki atau 179.2 meter panjang, naga terbesar di dunia ini memerlukan hampir 200 orang untuk diarak di kawasan tumpuan pelancong ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kehadiran replika naga berkenaan sekali gus menjadi pengalaman baharu kepada pelancong selain meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Gan Tian Loo

“Selain replika naga yang menjadi tarikan utama zodiak tahun naga mengikut kepercayaan kaum Tionghua, kita juga ada memasang lebih 1,000 tanglung besar di Jonker Walk bagi memeriahkan lagi perayaan.

“Perarakan naga di Jonker Walk pada 21 Februari ini juga adalah persediaan kita bagi menyambut World Tourism Day atau Hari Pelancongan Dunia 2025,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast