Saifuddin Nasution Ismail.

PUTRAJAYA – Rata-rata kebanyakan pengguna di laman media sosial menyuarakan pandangan mereka dengan mengharapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) diselesaikan pada tahun ini.

Harapan tersebut dinyatakan di platform X Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi undian semalam.

Undian empat fokus oleh pengguna platform X yang harus diberi keutamaan untuk diselesaikan KDN pada tahun ini.

Saifuddin menyenaraikan empat perkara untuk KDN memberi tumpuan pada tahun ini iaitu PATI, scammer, dadah dan kewarganegaraan.

Saifuddin dalam ciapannya meminta pengguna di paltform X menyatakan pandangan mereka terhadap keutamaan yang perlu diberi perhatian.

“Selepas 24 jam sejak dimulakan jam 1.15 tengah hari semalam, seramai 20,400 orang telah terlibat dalam proses undian tersebut,” katanya.

Daripada jumlah itu , sebanyak 62.1 peratus memilih isu PATI yang perlu diberi fokus KDN diikuti scammmer (22 peratus), kewarganegaraan (10 peratus) dan dadah (6 peratus).

Setakat ini seramai 359,000 orang mengikuti ciapan yang dimuat naik Saifuddin. – MalaysiaGazette