Antara barang yang berjaya dirampas oleh pihak polis selepas berjaya menumpaskan sindiket makmal haram memproses dadah jenis methamphetamine pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 FEBRUARI 2024.

SHAH ALAM – Polis merampas 63,544 gram dan 32 liter cecair pelbagai jenis dadah bernilai RM868,163 dalam Op Tapis Khas pada 29 hingga 31 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, sebanyak 349 serbuan dilakukan dan berjaya menahan 670 pelbagai warga negara asing.

“Op Tapis menggempur sebanyak 193 pot yang dijadikan sarang penagihan dadah di kawasan seperti Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat, Mobile Pot Dan Jeti Nelayan.

“Turut berjaya ditangkap seramai 42 tokan dadah serta 20 orang berstatus dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas satu laras senapang angin buatan sendiri di daerah Klang Utara.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api 1960.

“PDRM khususnya Polis Selangor mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat jenayah khususnya berkaitan dadah kepada kepada polis.

“Ia bagi membantu polis dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah secara habis-habisan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast