Remaja ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pandan hari ini

KUANTAN – Seorang remaja lelaki ditemukan mati lemas ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Pandan di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian berlaku pukul 2.48 petang tadi.

Mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira 4.5 meter air terjun terbabit pada pukul 4.06 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, seramai 15 anggota dan pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dan Pekan dikejarkan ke lokasi sejurus menerima laporan.

Zulfadli memberitahu, pasukan bomba melakukan operasi pencarian surface searching dan menggunakan grappling iron di lokasi mangsa dilaporkan hilang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast