Foto: Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR – Siasatan awal polis mendapati rasa tidak puas hati kerana dihalang semasa melalui lorong kecemasan di KM139.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara menjadi punca seorang lelaki memecahkan cermin sebuah kereta.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, suspek yang berasa tidak puas hati lalu keluar dari keretanya dan memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa.

“Usaha untuk mengesan pemandu kenderaan SKU6892L sedang dipergiatkan kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Kumar, Polis Kontijen Johor menerima laporan berhubung kejadian khianat tersebut pada jam 2.36 petang semalam.

Tambah beliau, kejadian tersebut turut dikongsi pemilik akaun Facebook Apple Kenzo menerusi rakaman video berdurasi 54 saat yang mana perkongsian tersebut meraih 2.3K reactions, 694 comments, 3K shares dan 26K view dari pengguna warganet.

Kumar berkata, kes diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jelasnya, siasatan juga dijalankan secara selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast