ACP Raub Selamat memeriksa CCTV di Menara MBJB yang menerima ancaman bom hari ini. Foto FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

JOHOR BAHRU – Tiga premis kerajaan didisahkan telah menerima emel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, hari ini.

Salah satunya, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketiga-tiga emel berkenaan dari pangkalan luar negara.

“Setakat 6 petang tadi hanya tiga laporan yang diterima pihak kami (polis) dan kita (polis) dlpercaya ia berpangkalan di luar negara. Malah semuanya menerima emel yang sama,” katanya menerusi pesanan ringkas.

Dalam pada itu, Raub berkata, polis telah melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan sebarang objek mencurigakan.

Justeru, beliau mengesahkan ancaman yang diterima itu adalah palsu dan  Menara MBJB selamat untuk beroperasi. – MalaysiaGazette