Anggota bomba memadam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Ayer Tawar yang meragut nyawa seorang lelaki warga emas. Foto ihsan, BOMBA PERAK

BERUAS – Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru Ayer Tawar, di sini malam tadi.

Mangsa Loo Leng Wion, 90, yang lumpuh, ditemui rentung berdekatan pintu bilik tingkat atas rumah kedai berkenaan oleh anggota bomba bertugas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 malam.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kedai dua tingkat kelas A berkeluasan 100 kaki x 40 kaki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast