Penyanyi, Daqmie bersama kumpulan Rabbani dan Syahmura bergambar pada majlis pelancaran Album Ramadan 1445 DAQMIE dengan penampilan istimewa, kumpulan Rabbani dan Syahmura di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Album baharu penyanyi nasyid dan komposer, Daqmie melakar sejarah tersendiri apabila habis dijual sebelum dilancarkan hari ini sempena kehadiran Ramadan tidak lama lagi.

Album bertajuk Daqmie Ramadan 1445 itu adalah keluaran fasa pertama Daqmie Music Factory sebanyak 500 unit dalam bentuk pemacu USBpada harga RM69.

Daqmie memberitahu, album itu mengandungi 18 keratan termasuk 10 doa dan empat lagu dendangan penuh serta empat minus one bersama kumpulan nasyid popular, Rabbani dan kumpulan nasyid dari Sabah, Syahmura.

Beliau berkata, Ramadan 1445 menawarkan suatu pengalaman spiritual dan emosional yang mendalam dalam usaha menghayati bulan mulia itu.

“Sebagai tambahan, peminat akan berpeluang untuk menikmati music video lagu Yang Dirindui yang akan ditayangkan di YouTube Channel Daqmie Official pada 16 Februari ini.

“Penerbitan album ini juga melibatkan beberapa nama besar dalam industri muzik termasuk Alfa Booty, Wan Saleh, Amin Nordin dan Tam Cobain, dengan rakaman diadakan di studio-studio ternama seperti RML Studio, Rekaman Studio, dan Smart Audio Studio,” katanya pada pelancaran album Daqmie Ramadan 1445 di sini hari ini.

Penyanyi, Daqmie hadir pada majlis pelancaran album Dqmie Ramadan 1445 DAQMIE dengan penampilan istimewa, kumpulan Rabbani dan Syahmura di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 FEBRUARI 2024.

Mengulas lanjut, Daqmie berkata, Ramadan 1445 adalah hasil cetusan antara dirinya dan sahabatnya, Adi Pitang dengan sokongan kuat Menteri Sains Teknologi dan Inovatif Sabah, Datuk Dr Ariffin Mohd. Arif yang juga berperanan sebagai penerbit eksekutif bersama Syarifah Durrah Uzma Syed Jaffar Mohiuddin Shah.

Pada masa sama, Ariffin tulis menyumbangkan dua lirik lagu dalam album itu yang berjudul Bulan Kemuliaan dan Rasul Junjungan.

Katanya lebih istimewa, album itu turut menampilkan kerjasama antara kumpulan Rabbani yang dikenali seluruh negara dan Syahmura iaitu sebuah kumpulan yang mempunyai bakat yang hebat dan mempunyai masa yang cerah dalam industri muzik dan lirik.

“Album ini merupakan langkah awal Daqmie Music Factory menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Datuk Ariffin dalam mengembalikan semula kegemilangan nasyid di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Daqmie sebelum ini adalah penyanyi band rock Barongan yang popular dengan lagu Kalimat Ke-7, Siapa Yang Kena, Titik Musafir, Liya Juwita, Tinggal Satu Tangki, Harung, Mereka, Aku Kaya dan Nasuha.

Kumpulan Rabbani hadir pada majlis pelancaran album Dqmie Ramadan 1445 di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 FEBRUARI 2024.

Sebelum bersama Barongan, Daqmie adalah anggota kumpulan East yang ditubuhkan pada 1990 dan pernah hadir dengan dua album.

Dengan kerjaya yang merentasi dekad, Daqmie telah memberikan sumbangan besar kepada industri nasyid apabila bekerja bersama kumpulan-kumpulan terkemuka seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, dan banyak lagi.

Kejayaan beliau termasuk memenangi Anugerah IKIMFM dan menjadi pemenang utama Anugerah Industri Nasyid 2021.

Pada tahun 2020, single nyanyiannya berjudul Tangis Sebatang Tamar mencecah lebih 2.4 juta tontonan di YouTube.

Beliau juga merupakan lulusan dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif. – MalaysiaGazette

Kumpulan Syahmura hadir pada majlis pelancaran album Daqmie Ramadan 1445 di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 FEBRUARI 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast