Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan wang tunai bernilai RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikat Nine Nine International milik isteri kepada Datuk Addy Kana yang didakwa hasil aktiviti haram dilucuthak dan menjadi milik kerajaan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, memerintahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Aminuddin Md Desa membayar RM2.46 juta kepada Suruhanjaya Sekuruti (SC).

Aminuddin yang juga bekas CEO Perak Corporation Bhd. (PCB) kalah saman sivil yang difailkan pada 2021.

Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Muhammad Amin Wan Yahya turut memerintahkan Aminuddin membayar penalti sivil kepada SC sebanyak RM1 juta dan kos sebanyak RM100,000.

Difahamkan Aminuddin telah melanggar Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhimatan 2007 (CMSA) dengan memperoleh 1,412,700 saham PCB antara Oktober 2013 dan Januari 2014 semasa dalam pemilikan maklumat dalaman.

Dalam pada itu, mahkamah juga melarang Aminuddin daripada dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif atau Pengarah atau terlibat dalam pengurusan syarikat tersenarai awam (PLC) dan atau anak syarikat PLC, selama lima tahun bermula dari tarikh keputusan mahkamah pada 13 Februari 2024.

Selain itu beliau dihalang daripada melakukan sebarang aktiviti dagangan dalam mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia selama lima tahun bermula dari tarikh sama. – MalaysiaGazette