KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) bersetuju agar graduan TVET yang telah menamatkan latihan supaya berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT)

Keputusan itu dibuat oleh mesyuarat berkenaan yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi MTVET pada 23 lalu.

Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme sekali gus meningkatkan produktiviti industri melalui pembangunan kapasiti dan bakat.

Dalam memastikan kualiti graduan TVET, mereka turut digalakkan untuk mendapatkan nilai tambah dengan menyertai program-program latihan dan pembangunan berterusan anjuran MBOT atau MBOT Approved Training Provider.

Sehubungan dengan itu, MBOT mempelawa semua institusi pengajian tinggi dan institusi latihan kemahiran awam dan swasta untuk mendaftarkan graduan mereka dengan MBOT sebagai Juruteknik Berkelayakan atau Teknologis Berijazah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast