MGNews: Pertuduhan Rasuah, AMLA Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Dibicara Bersama

Enam pertuduhan rasuah dan enam lagi pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad di Mahkamah Sesyen akan dibicarakan bersama.

Hakim, Suzana Hussin membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh, pada Jumaat.