Anwar merasmikan Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukan RM1 juta kepada Masjid Jamek Tengah Berapit, di sini.

Jelas beliau, peruntukan untuk mengimarahkan masjid berkenaan dengan memulakan projek-projek kecil antaranya maahad tahfiz dan program kariah.

Anwar berkata, pihaknya meminta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menyegerakan penyediaan surat supaya semua yang direncanakan dapat disegerakan.

“Kos pembinaan setiap masjid baharu kebiasaanya menelan belanja antara RM7 hingga RM8 juta namun, Masjid Jamek Tengah Berapit yang dibina pada 1996 hanya membelanjakan sekitar RM3 juta.

Anwar.

“Masjid ini mengimbau banyak kenangan kerana ramai guru-guru dan sahabat di sini malah kariah masjid pernah maklumkan yang mereka akan tunggu sehingga saya jadi Perdana Menteri untuk merasmikannya.

“Ketika masjid ini siap dibina saya dipenjarakan dan mereka (kariah) tetap mahu menunggu saya datang rasmi dan Alhamdulillah hari ini saya datang sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Tengah Berapit di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Pengerusi Kariah masjid berkenaan, Fakhrul Azman Ali berkata, masjid itu sudah siap dibina sejak 28 tahun lalu yang peruntukannya disumbangkan Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

“Masjid ini didirikan pada Januari 1996 dan digunakan ketika Solat Aidiladha pada 1997 dengan kos sebanyak RM2.1 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 juta disumbangkan Perdana Menteri yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri manakala baki RM900,000 adalah hasil sumbangan orang ramai.

“Oleh kerana jasa dan sumbangan kewangan terhadap masjid ini, maka Jawatankuasa Kariah berharap suatu hari nanti masjid ini akan dirasmikan akan dirasmikan Perdana Menteri (Anwar) dan bersyukur apabila hasrat ini dimakbulkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast