KUALA LUMPUR – Polis Segamat sedang mengesan pemandu kenderaan Honda HRV putih yang didakwa menjadi pembuli di jalan raya di Jalan Genuang, Segamat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Ahmad Zamru Marinsah berkata, kejadian itu tular di media sosial, memaparkan kenderaan itu beberapa kali menghalang laluan serta menekan brek mengejut dengan niat melakukan provokasi terhadap pemandu lain.
Katanya, laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan di bawah Seksten 506 dan 279 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda atau kedua-duanya sekali.
“Usaha mengesan sedang dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.,” katanya. – MalaysiaGazette