KUALA LUMPUR – Dua beranak tersepit di dalam kereta selepas terlibat kemalangan jalan raya dengan lori muatan 5 tan di lampu isyarat menghala ke Langat Murni, Bukit Changgang, Banting.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2.06 petang tadi.

Jelasnya, lelaki 30-an bersama anak perempuannya berusia 10 tahun berjaya dikeluarkan dengan tindakan tangkas pihak bomba.

Tambahnya, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.-MalaysiaGazette