Allahyarham Abdul Taib Mahmud

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdul Taib Mahmud.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemergian mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak merupakan satu kehilangan yang besar buat Malaysia.

“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan Madani mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak.

“Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati,” ucap Anwar, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia akan tetap mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan Allahyarham khususnya kepada negeri Sarawak.

“Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya. Al-Fatihah,” katanya lagi.

Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Ia disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast