KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof menzahirkan takziah kepada seluruh keluarga mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Fadillah berkata, pemergian Allahyarham Taib Mahmud adalah satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
“Sedih dan dukacita di atas perginya negarawan, Ayahanda Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan mantan Ketua Menteri Sarawak, awal pagi ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
‘Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Persekutuan sebelum kembali ke Sarawak,” katanya di Facebook beliau.
Perkongsian berita duka itu disahkan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Allahyarham Abdul Taib pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981 hingga 2014. – MalaysiaGazette