LONDON – Manchester United kini dalam keadaan panik selepas bek kiri, Luke Shaw dijangka terlepas keseluruhan baki musim ini selepas mengalami kecederaan kaki berulang, lapor Daily Mail.
United kini terpaksa membuat beberapa pilihan lain bagi menangani masalah ini termasuk masih menggunakan Victor Lindelof di posisi bek kiri atau memanggil pemain muda seperti Sam Murray atau Harry Amas.
“Luke Shaw telah mengalami kecederaan otot dan akan diketepikan untuk tempoh yang panjang.
“Pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk menentukan tahap sebenar kecederaan itu, tetapi kami menjangkakan dia akan diketepikan selama beberapa bulan,” jelas United di laman web.
Sebelum ini, United meminjam pemain pertahanan Tottenham Hotspurs, Sergio Reguilon sehingga Disember lalu bagi memenuhi kekosongan disebabkan kecederaan Shaw dan Tyrell Malacia.
Namun bulan lalu, dia telah menyertai Brentford secara pinjaman sehingga akhir musim ini. – Agensi