Dr Ammar Abd Ghappar

KUALA LUMPUR – Pemberhentian Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Dr Ammar Abd Ghapar baru-baru ini didakwa atas sebab peribadi merupakan satu tuduhan tidak berasas.

Menurut sumber yang berkait rapat dengan Kementerian Pelancongan, keputusan tersebut berdasarkan pemeriksaan prestasi bukan konflik peribadi antara Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing dan Ammar.

“Ammar dimaklumkan sejak awal lagi bahawa semua kakitangan di bawah kementerian tertakluk kepada penilaian berasaskan prestasi.

“Apabila prestasi kurang daripada jangkaan, tindakan yang perlu mesti diambil,” kata sumber itu seperti dipetik dari Sinar Daily.

Sumber yang sama memberitahu, sudah menjadi tanggungjawab menteri terhadap prestasi keseluruhan kakitangannya.

Lagi pun Ammar dilantik oleh menteri sendiri dan beliau ada hak memberhentikan Ammar.

Laporan media sebelum ini melaporkan pemberhentian Ammar berkuat kuasa 26 Februari lalu dikaitkan dengan perselisihan fahamnya dengan King Sing.

Difahamkan pemberhentian itu ada kaitan dengan pemprosesan peruntukan yang tidak teratur  melibatkan Le Tour de Langkawi, perbelanjaan promosi tidak berdasarkan hasil perbincangan dan penahanan surat pelantikan lembaga pengarah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast