Briged Al-Qassam

GAZA – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas telah menembak mati seorang askar Israel dan sebuah kapal perisai pengangkut di Gaza City.

Menerusi kenyataan berasingan di Telegram, kumpulan pejuang itu berkata, askar Israel  ditembak dengan senapang ‘Ghoul’ di kawasan kejiranan selatan Zaytoun di bandar Gaza.

Ia berkongsi gambar di Telegram yang diberi kapsyen: “57 misi yang dilakukan oleh penembak tepat Al-Qassam, termasuk 34 dengan senapang ‘Ghoul’.”

Pada 2014, Al-Qassam mengeluarkan video tentang senapang penembak tepat buatan tempatan yang baharu di Semenanjung Gaza, yang dinamakan Ghoul.

Nama senapang itu dengan Adnan Al-Ghoul, salah seorang ketua unitnya yang dibunuh oleh Israel pada 22 Oktober 2004, di Gaza City.

Dalam ulasan pada video yang disiarkan di laman web pada masa itu, kumpulan itu berkata “senapang penembak tepat baharu, yang kami namakan ‘Ghoul,’ ialah senapang berkaliber 14.5 mm dengan jarak maut sehingga 2 km (1.2 batu) , dan ia adalah antara produk buatan tempatan Al-Qassam.”

Briged Al-Qassam berkata, mereka mensasarkan kereta kebal Merkava Israel dengan peluru dan kapal perisai pengangkut Israel dengan bahan letupan di kawasan kejiranan selatan Zaytoun, menyebabkan kematian seorang askar zionis dan seorang lagi cedera.

Awal hari Sabtu, tentera Israel mengumumkan kematian seorang askarnya.

“Pegawai Eyal Shominov, 24, dari kawasan Karmiel, seorang komander dalam Shaked Battalion (424), Briged Givati, terbunuh dalam pertempuran di utara Semenanjung Gaza,” katanya.

Menurut data di laman web tentera, 577 pegawai dan anggota tentera zionis telah terbunuh sejak kumpulan Hamas, melancarkan serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, 238 telah terkorban dalam pertempuran darat yang bermula di Gaza pada 27 Oktober.

Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak serangan mengejut merentas sempadan oleh Hamas. Perang Israel yang berikutnya telah membunuh lebih daripada 29,600 mangsa dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Hampir 70,000 orang telah cedera. – Agensi