Faisal Halim

KUALA LUMPUR – Penyerang Harimau Faisal Halim selesa mendahului undian terbanyak dengan 67 peratus sebagai salah satu jaringan terbaik kejohanan Piala Asia 2024 di Qatar, bulan lalu.

Ia disusuli kedudukan kedua oleh pemain sayap Jordan, Mousa Al-Tamari sebanyak 18 peratus dan penyerang Korea Selatan, Son Heung-min pula lapan peratus.

Undian yang bakal ditutup pukul 8 malam ini bakal memberikan kelebihan kepada wakil negara untuk mencul sebagai pemenang.

Pada Piala Asia 2024, skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya meraih satu mata berharga ketika menentang Korea Selatan apabila perlawanan berkesudahan dengan keputusan 3-3.

Bagaimanapun tumpuan diberikan kepada jaringan Faisal apabila dia berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan berkelas dunia seperti Kim Min-jae.

Kemampuan pemain negara akhirnya telah membuka mata ramai pihak sungguhpun Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-132 menurut kemas kini ranking FIFA.

Penyerang sayap Selangor FC itu juga merupakan penjaring terbanyak buat skuad kebangsaan pada tahun 2023 dengan enam gol bersama-sama Arif Aiman Hanapi. – MalaysiaGazette