Sindiket seludup PATI didalangi warga Myanmar ditumpaskan di Kelantan dengan tertangkapnya 10 individu termasuk ketua sindiket kepada IMigresen 24 Februari lalu.Ihsan JIM Putrajaya

KUALA LUMPUR – Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bergerak aktif di Kota Bharu, Kelantan menerusi operasi yang dilakukan pada 24 Februari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, berdasarkan maklumat risikan, pihaknya telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh.

“Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek namun menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sindiket seludup PATI didalangi warga Myanmar ditumpaskan di Kelantan dengan tertangkapnya 10 individu termasuk ketua sindiket kepada IMigresen 24 Februari lalu.Ihsan JIM Putrajaya

Operasi yang bermula pada jam 1.00 pagi yang dilakukan JIM adalah rentetan dari tangkapan Geng Bob pada 3 Februari lalu.

Bagaimanapun, menurut Ruslin,tindakan pantas anggota Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai memainkan peranan sebagai dalang utama sindiket ini.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek membawa kepada penemuan tiga wanita dan seorang lelaki warga Myanmar berumur lingkungan antara 19 hingga 21 tahun.

“Berdasarkan maklumat, kesemua mereka dipercayai berhenti di stesen minyak berkenaan yang sering dijadikan lokasi menunggu bas ekspres sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.

Sindiket seludup PATI didalangi warga Myanmar ditumpaskan di Kelantan dengan tertangkapnya 10 individu termasuk ketua sindiket kepada IMigresen 24 Februari lalu.Ihsan JIM Putrajaya

“Pasukan kemudian bergerak memeriksa rumah dipercayai kediaman Ali dan menemui sepucuk pistol angin disyaki milik sindiket itu.

“Susulan penahanan Ali, pasukan telah menyerbu sebuah rumah di sekitar Pengkalan Kubor, Kota Bharu sebelum berjaya menangkap seorang lagi lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Rahim yang disyaki orang kanan kepada Ali,” ujarnya.

Sindiket seludup PATI didalangi warga Myanmar ditumpaskan di Kelantan dengan tertangkapnya 10 individu termasuk ketua sindiket kepada IMigresen 24 Februari lalu.Ihsan JIM Putrajaya

Ruslin berkata, pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan empat orang lelaki warga Myanmar berumur lingkungan 16 hingga 27 tahun dan merampas sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini.

Katanya, siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah dengan membawa masuk PATI warga Myanmar melalui laluan haram di sempadan pada waktu malam sebelum mereka ditempatkan di rumah penampungan dan dipindahkan ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres bagi mengaburi pihak berkuasa.

Sindiket seludup PATI didalangi warga Myanmar ditumpaskan di Kelantan dengan tertangkapnya 10 individu termasuk ketua sindiket kepada IMigresen 24 Februari lalu.Ihsan JIM Putrajaya

“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama enam bulan dan mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 untuk seorang PATI.

“Kesemua 10 orang PATI yang ditangkap itu termasuk dua lelaki etnik Rohingya yang disyaki tekong darat dibawa ke pejabat JIM Kelantan untuk tujuan siasatan lanjut manakala kedua-dua buah kereta yang digunakan dalam kejadian ini disita untuk tindakan lanjut jabatan,” katanya.

Ruslin menjelaskan, pihaknya percaya dengan tertangkapnya kedua-dua tekong etnik Rohingya itu, satu lagi sindiket penyeludupan PATI yang aktif di Kelantan berjaya ditumpaskan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast