Football Association of Malaysia (FAM) announced the resignation of Tan Cheng Hoe as the Head Coach of the national football team
Tan Cheng Hoe

KUALA LUMPUR – Selangor FC hari ini mengesahkan ia dan ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Kelab itu telah memaklumkan keputusan Chen Hoe untuk meninggalkan Selangor FC bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.

Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau.

“Sejak dilantik pada September 2022, Tan Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekali gus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC ingin berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Selangor FC turut mengumumkan Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih sementara (interim) dan pada masa yang sama, pihak pengurusan kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast