Mayat-mayat rakyat Palestin yang sudah dikafanjan selepas maut diserang tentera Israel semasa menunggu trak bantuan kemanusiaan di Jalan Al-Rashid, Gaza pada 29 Februari 2024. Foto Anadolu

KARA – Tel Aviv didakwa menjadi dalang di sebalik serangan ke atas orang ramai yang menunggu untuk menerima bantuan kemanusiaan pada pagi Khamis lalu, yang membunuh 118 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 750 yang lain.

Serangan itu didakwa turut didalangi usahawan Palestin.

Pegawai Israel, ahli perniagaan Palestin, dan diplomat Barat mendedahkan Tel Aviv telah terlibat dalam merancang sekurang-kurangnya empat konvoi bantuan sedemikian ke utara Gaza sepanjang minggu lalu, lapor New York Times.

Bercakap kepada akhbar harian Amerika Syarikat (AS) dua diplomat Barat berkata, mereka dimaklumkan oleh pegawai Israel mengenai motif Israel di sebalik tindakan tersebut,

Kerajaan Israel dilaporkan memulakan usaha ini untuk menangani situasi kemanusiaan yang teruk di utara Gaza, yang mana kebuluran mengancam nyawa akibat sekatan operasi bantuan antarabangsa, kata diplomat itu yang enggan namanya didedahkan.

Sekatan itu dibuat di tengah-tengah sekatan Israel ke atas trak bantuan dan pelanggaran undang-undang yang semakin meningkat di rantau ini.

Pegawai Israel membuat hubungan dengan beberapa usahawan tempatan, meminta bantuan mereka dalam menyelaraskan konvoi bantuan swasta ke utara Gaza, dengan Israel menawarkan sokongan keselamatan, menurut dua ahli perniagaan Gaza.

Jawdat Khoudary, salah seorang ahli perniagaan Palestin yang membantu mengatur beberapa trak bantuan Israel untuk inisiatif bantuan, menyatakan betapa mendesaknya keadaan itu, dengan berkata: “Keluarga, kawan, dan jiran saya mati akibat kelaparan.”

Pada pagi Khamis, tentera Israel membedil sekumpulan penduduk Palestin yang menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Kota Gaza di kawasan “Bulatan al-Nabulsi”, menyebabkan sekurang-kurangnya 112 rakyat Palestin maut dan 760 yang lain cedera, menurut Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.

Tentera Israel berkata, siasatan awal mendapati beberapa warga Palestin menghampiri pusat pemeriksaan tentera yang mengawasi kemasukan trak bantuan dengan tentera melepaskan tembakan amaran dan menembak ke arah kaki warga Palestin yang terus bergerak ke arah tentera.

Israel telah melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza berikutan pencerobohan rentas sempadan oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober lalu.

Serangan berterusan oleh rejim zionis itu telah membunuh 30,410 orang dan mencederakan 71,700 yang lain dengan kemusnahan besar-besaran dan mengakubatkan kekurangan barang keperluan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast