Zarul Ahmad Mohd Zulkifli

KUALA LUMPUR – Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli Eng membayar kembali wang sebanyak RM2 juta yang diberikan kepadanya.

Sebaliknya Zarul Ahmad berkata, beliau hanya meminta G. Gnanaraja melalui surat peguam pada 2017 untuk mengembalikan kira-kira RM19 juta yang diberikan kepadanya namun tidak diendahkan ahli perniagaan itu.

Zarul Ahmad berkata demikian ketika disoal peguam mewakili Guan Eng, Haijan Omar pada sesi pemeriksaan utama ketika prosiding mencabar kredibilitinya sebagai saksi hari ini.

Saksi sebelum ini mendakwa beliau telah membayar RM19 juta secara berperingkat kepada Gnanaraja bagi mendapatkan bantuan lelaki itu menghentikan siasatan berhubung pengubahan wang haram berkaitan projek mega Pulau Pinang itu selain membantunya mendekati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Gnanaraja didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menipu Ahmad Zarul.

Hari ini, Haijan bertanya mengapakah nama Guan Eng tidak pernah disebut oleh saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan.

Bagaimanapun Ahmad Zarul tanpa menyatakan siapakah individu itu berkata, beliaui telah diminta untuk hanya fokus terhadap Gnanaraja tanpa melibatkan Guan Eng.

Pada Isnin lepas, Ahmad Zarul mengaku beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada Guan Eng yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan.

Perkara itu diakui oleh Ahmad Zarul ketika dirujuk kepada pernyataan beliau yang direkod SPRM bagi kes membabitkan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 2018.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membenarkan permohonan pasukan pembelaan Guan Eng untuk memulakan prosiding mencabar kredibilti Zarul Ahmad setelah mendapati wujud percanggahan dalam kenyataan saksi itu kepada SPRM dengan kenyataannya di Mahkamah Sesyen di sini.

Untuk makluman, prosiding hari ini adalah untuk menentukan adakah wujudnya percanggahan pernyataan Zarul Ahmad dalam kes penipuan Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan kes Guan Eng berkaitan lot tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Isu kredbiliti saksi itu timbul pada prosiding lepas apabila pembelaan mendapati keterangan Ahmad Zarul itu berubah berhubung isu wang RM2 juta masing-masing untuk Guan Eng dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberikan melalui Gnanaraja selaku orang tengah pada 2017.

Guan Eng sedang berhadapan dengan pertuduhan menerima suapan sebanyak RM3.3 juta sebagai tindakan membantu CZBUCG milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. – MalaysiaGazette