Monday, December 16, 2024
Home Nasional Cukai atas cukai, rakyat yang menderita – Takiyuddin

Cukai atas cukai, rakyat yang menderita – Takiyuddin

Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Rakyat kini kecewa dengan kegagalan kerajaan menguruskan isu kos sara hidup dan ditambah pula dengan pelbagai cukai atas cukai yang diperkenalkan.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, apatah lagi sebelum ini, mereka dihimpit dengan isu seperti sekuriti ekonomi dan makanan, harga makanan dan perkhidmatan melambung tinggi, kesan kejatuhan mata wang dan penarikan subsidi

Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional berkata, walaupun dibentangkan dengan pelbagai teori, hakikatnya rakyat sedang menderita.

“Cukai atas cukai atas cukai dan berteorilah macam mana pun hakikatnya rakyat sedang menderita sekarang.

“Apa yang mereka mahu adalah seperti Kerajaan Perikatan dan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pagoh dan Bera sebelum ini, yang penting makanan di atas meja rakyat jelata dan bukannya berteori semata-mata,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi Perbahasan Menjunjung Kasih Dan Tahniah Titah Diraja.

Pada 1 Mac lalu, kerajaan memperkenalkan kadar baharu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lepan peratus yang sebelum ini kadarnya adalah pada enam peratus.

Namun kenaikan tersebut tidak melibatkan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas dan gaya hidup rakyat di Malaysia.

Ini termasuk cukai untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik, yang masih kekal pada kadar enam peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast