Sebahagian PATI yang ditahan dalam operasi perlombongan haram di Kemaman, Terengganu.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket perlombongan haram dalam operasi khas di Kemaman, Terengganu semalam.

Operasi yang bermula pada jam 6 pagi itu melibatkan seramai 130 anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan JIM Negeri Terengganu.

JIM berkata, operasi dijalankan berdasarkan siasatan dan risikan sejak beberapa minggu lalu.

“Hasil daripada 39 orang yang diperiksa, seramai 28 orang PATI (pendatang asing tanpa izin) telah ditahan atas pelbagai kesalahan meliputi 15 orang warga China, tiga Bangladesh, seorang warga Myanmar dan Pakistan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Menurutnya, kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 25 hingga 46 tahun.

Sementara itu, Jim berkata, sebanyak empat saman saksi telah dikeluarkan kepada warga Malaysia.

“Tangkapan ke atas warganegara China dibuat atas kesalahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan tinggal lebih masa,” katanya sambil menambah majikan yang menggajikan PATI akan didakwa.

Katanya, kesemua PATI yang ditahan dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil akan didakwa atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast