Gambar hiasan

TAWAU – Seramai 286 orang daripada 81 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau di sini akibat kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.

“Dua PPS ini dibuka pada pukul 8 malam tadi, dan dijangka berlaku peningkatan mangsa yang akan dipindahkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan kira-kira 45 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast