KUALA LUMPUR – Penampilan pelakon popular, Datin Lisa Surihani sejak berhijrah dengan mengenakan tudung untuk menutup aurat yang sempurna jelas memberi rezeki kepada wanita berusia 37 tahun ini.
Ini kerana ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9; Yusof Leonne, 7 dan Yunos Laith, 3, masih kekal dipilih sebagai duta jenama tudung Ariani buat tahun kedua.
Sejak berhijrah empat tahun lalu, Lisa amat mementingkan tudung yang labuh dan memakai sarung kaki dan tangan bagi menjaga aurat.
Dia juga rajin melibatkan diri dalam kelas-kelas ilmu keagamaan yang mendapat pujian peminatnya.
Sementara itu, pengumuman Lisa itu dibuat pada majlis pelancaran koleksi Lebaran 2024 baru-baru ini yang turut mengekalkan dua lagi duta Ariani iaitu Bella Dally dan Uyaina Arshad.
Pada masa sama, label berkenaan memilih muka-muka baru gandingan para selebriti iaitu keluarga besar pasangan selebriti Amar Bahrin dan Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen yang mempersembahkan koleksi terbarun, ‘1001 Tales of Ariani.
Majlis yang bertemakan Arabic itu dibuka dengan segmen Galeri Ariani itu mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed pelbagai rekaan.
Segmen kedua pula diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari Ariani Luxe, iaitu rangkaian koleksi hijab premium dengan perincian lace dan Swarovski.
Dalam pada itu, koleksi pakaian lelaki, Aryan pula menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, pihaknya gembira dan rasa syukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia Ariani.
“Justeru, kami menekankan komitmen dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif,” katanya. – MalaysiaGazette