KUALA LUMPUR – Kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan memastikan kebajikan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.
“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.
“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat.
“Selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Wanita yang diraikan hari ini..
Anwar juga berharap kaum ibu terus cekal menjadi tonggak penting dan kelangsungan masyarakat!
“Penghargaan yang setingginya kepada (Wan) Azizah kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang ini dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan,” katanya. – MalaysiaGazette