Foto Facebook KL Rovers.

KUALA LUMPUR – Naib juara Liga M3, Kuala Lumpur (KL) Rovers yang sebelum ini disebut-sebut bakal ke Liga Super dilaporkan mahu ‘membawa diri’ ke Liga Singapura.

Ketika ini, surat permohonan kelab itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan kelab itu mahu beraksi di liga negara jiran.

Musim lalu, biarpun tidak menjuarai Liga M3, pasukan tersebut berjaya meraih kedudukan kedua dengan mengutip 54 mata dan mencetak 48 jaringan.

Sebelum ini, selain Imigresen FC, KL Rovers antara pasukan yang dijangka bakal mengisi kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.

Namun skuad berkenaan terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas difahamkan Perlis United dikatakan menjadi calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelantan FC itu.

Untuk rekod, KL Rovers menamatkan saingan Liga M3 musim lalu selaku naib juara di belakang Imigresen FC manakala Perlis United pula menamatkan musim lalu di tempat kelapan – MalaysiaGazette

Surat permohonan KL Rovers kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini tersebar.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast