Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen Syarikat Emraz Travel and Tours Sdn. Bhd berkuat kuasa 11 Mac ini.

Menurut kenyataan MOTAC, pembatalan lesen syarikat itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1922 (Akta 482) kerana menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Pada 2 April lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours selama enam bulan susulan aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang ditawarkan syarikat terbabit.

Dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah, – MalaysiaGazette