KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aliff Aziz yang suami kepada Bella Astillah sekali lagi mencipta kontroversi kerana dikatakan telah ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita awal pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff dan pasangannya enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa JAWI berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.
Dalam operasi yang bermula kira-kira 10.30 malam itu, pasukan penguat kuasa agama tiba dengan dua van dan pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat JAWI dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.
Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.
Di media sosial, nama pelakon
antara yang disebut serta dikaitkan sebagai pasangan yang ditangkap bersama Aliff. – MalaysiaGazette
ARTIS YANG MEMPUNYAI MASALAH MORAL TERUTAMA TERLIBAT DENGAN JENAYAH ATAU KEMUNGKARAN MAKSIAT TIDAK PERLU DISIARKAN ATAU DIBERIKAN KEMUDAHAN DI MEDIA.PERLU TINDAKAN TEGAS SUPAYA IA TIDAK MENJADI IKUTAN ANAK MUDA MUDI KERANA PENGARUH MEREKA BOLEH MENYEBABKAN PERMASALAHAN SOSIAL LAGI.