Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis menahan 14 lelaki tempatan dan tiga warga asing termasuk dua wanita kerana disyaki terlibat dalam pemberian pinjaman wang tanpa lesen dalam beberapa siri serbuan di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun itu ditahan menerusi Op Vulture melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah pada Selasa dan Rabu lepas.

“Kita juga merampas lima kenderaan, 26 telefon bimbit, 25 kad pengeluaran wang automatik (ATM), dua komputer riba, 40 salinan kad pengenalan pelanggan, sembilan salinan perjanjian pinjaman, satu fail mengandungi senarai nombor peminjam, satu unit pencetak dan enam buku rekod pinjaman.

“Dua papan kekunci berserta tetikus, satu Unit Pemproses Pusat (CPU), satu skrin (monitor), satu modem, tiga beg sandang pelbagai jenama, 14 pasport dan wang berjumlah RM48,366 serta sembilan keping cek turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast