Kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di seluruh negara sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba.

KUALA LUMPUR – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di seluruh negara sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Kempen #SubuhMacamJumaat merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Muamalat.

Program itu melibatkan gotong-royong  membersihkan dan membaik pulih 14 buah masjid di 14 buah negeri dijalankan selepas solat subuh berjemaah di masjid-masjid tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.

“Dalam kempen khas ini, Bank Muamalat dan kakitangannya bukan sahaja meringankan beban jemaah masjid dengan bergotong-royong, tetapi juga turut menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat,” katanya.

Program itu dijalankan pada 9 dan 10 Mac lalu, penutup dilangsungkan di Masjid Nur Jannatul Bahri, Kg Air Hitam, Pantai Tg Bidara Melaka dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri  Ab Rauf  Yusoh.

Menurut Khairul, Bank Muamalat juga akan menjalankan beberapa lagi program CSR sepanjang bulan Ramadan termasuklah pengagihan bubur lambuk, edaran pek makanan iftar dan lain-lain. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast