Orang ramai ‘serbu’ bazar Ramadan Bayan Baru, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Masih terdapat segelintir peniaga bazar Ramadan yang dikesan gagal mempamerkan tanda harga, meskipun tahu ia merupakan satu kesalahan.

Tinjauan MalaysiaGazette di bazar Ramadan Bayan Baru, di sini, mendapati perbuatan itu dilakukan segelintir peniaga yang menjual air dan makanan.

Kambing golek antara juadah berbuka yang dijual di bazar berkenaan.

Namun, kebanyakan peniaga makanan dan minuman lain mempamerkan tanda harga masing-masing, selain ada yang turut menyediakan kemudahan pembayaran kod QR.

Malah, isu kenaikan kos bahan mentah yang dikatakan menjadi faktor beberapa peniaga terpaksa menaikan harga jualan juadah dilihat tidak memberi impak besar susulan bazar Ramadan terbabit menjadi tumpuan orang ramai seawal jam 3.30 petang.

Menerusi tinjauan sama, beberapa peminta sedekah warga asing turut dilihat menagih simpati orang ramai yang datang ke bazar Ramadan tersebut.

Pengemis warga asing menagih simpati pengunjung bazar Ramadan.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengingatkan peniaga di bazar Ramadan khususnya agar meletakkan tanda harga dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, peniaga yang gagal akan berdepan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011.

S. Jegan

“Kita akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan di 80 buah bazar Ramadan di seluruh negeri ini bermula hari ini.

“Pelaksanaan penguatkuasaan bersasar dan seragam dalam bulan Ramadan dan Aidilfitri ini untuk memastikan perdagangan domestik terus berkembangan pesat dan pelindungan pengguna,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Jegan, pihaknya juga akan menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan lebih kerap dan bersasar ke atas harga dan bekalan barang yang menjadi tumpuan rakyat pada bulan Ramadan dan Hari Raya Adilfitri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast