Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bergambar bersama kakitangan Malaysia Gazette pada majlis Perasmian ibu pejabat Malaysia Gazette di Permaisuri, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meluangkan masa selama dua jam melawat pejabat MalaysiaGazette petang tadi.

Kehadiran Fahmi dan rombongan disambut oleh Ketua Pengarang, Noraini Abdul Razak dan seluruh kakitangan MalaysiaGazette.

Beliau kemudian diberikan taklimat mengenai operasi MalaysiaGazette, dan merasmikan pejabat baharu portal ini yang terletak di Kompleks Q, Bandar Permaisuri di Cheras.

Menteri Komunikasi kemudian diperkenalkan dengan kakitangan MalaysiaGazette di Kuala Lumpur.

Pada kesempatan itu, Fahmi turut membuka peluang kepada kakitangan MalaysiaGazette untuk sesi soal jawab mengenai industri.

Fahmi kemudian dibawa ke studio untuk menunjukkan bakat membaca berita, sebelum dijemput untuk menjadi tetamu Skop MalaysiaGazette. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast