Joe Biden Foto: X

MOSCOW – Hasrat Amerika Syarikat (AS) AS untuk membina jeti di Semenanjung Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan dibidas Rusia sebagai “menari di atas tulang”.

“Ini adalah tarian di atas tulang, mengejek orang, kerana sekarang apabila orang awam mati di sana setiap hari, yang kita perlu bercakap adalah tentang nasib mereka (Palestin), bukan tentang beberapa projek masa depan yang ilusi. Kita perlu melaksanakan keamanan.

“Apabila sesebuah negara tidak mahu mendengar pun — saya kini bercakap tentang Amerika Syarikat — merumuskan tentang seruan untuk gencatan senjata, bagaimana kita boleh menangani inisiatif untuk membina infrastruktur awam apabila mereka tidak mengendahkan gencatan senjata?,” soal jurucakap Kementerian Luar Negeri Rusia, Maria Zakharova.

Presiden AS, Joe Biden mengumumkan rancangannya untuk menubuhkan jeti sementara di Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang kelaparan akibat sekatan Israel.

Israel telah melancarkan serangan ketenteraan maut di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 serangan rentas sempadan yang diketuai oleh Hamas.

Israel yang membuat serangan balas sejak enam bulan lalu mengakibatkan lebih 31,272 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 73,024 yang lain cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas wilayah Palestin, menyebabkan penduduknya, khususnya penduduk di utara Gaza, berada di ambang kebuluran.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 27 orang telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi di Gaza. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast