Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah) membuat gimik Peluncuran Penyelesaian e-Farmasi TM sambil diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (dua kanan) dan Pengerusi TM, Datuk Zainal Abidin Putih di MMU, Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 14 MAC 2024.

CYBERJAYA – Kerajaan tidak bercadang menggubal akta khusus bagi mengawal selia penyedia platform media sosial, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Saya belum pernah dengar tentang akta regulasi platform ini dan waktu ini kementerian dan juga kerajaan belum ada cadangan untuk mewujudkan akta kawal selia untuk platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran E-Farmasi Penyelesaian Digital Pusat Penjagaan Kesihatan Generasi Baharu di Universiti Multimedia, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan akan menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu serta memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara Malaysia.

Dalam pada itu Fahmi berkata, SKMM masih memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kerangka berkenaan termasuk mengumpulkan beberapa perkara daripada pengalaman luar dan perbincangan suruhanjaya itu dengan penyedia platform media sosial sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast