Poster JAWI mengajak yang orang ramai untuk menyertai Program Ihya Dan Erat Ramadan Bersama Geng Subuh Macam Jumaat yang akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 24 Mac ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengajak orang ramai untuk menyertai Program Ihya Dan Erat Ramadan Bersama Geng Subuh Macam Jumaat yang akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 24 Mac ini.

Menerusi poster yang dikongsikan, program yang mendapat kerjasama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan itu menyasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 5,000 peserta dan akan bermula pukul 4 pagi dengan pelbagai pengisian acara.

Antara aktiviti yang telah disusun atur oleh penganjur iaitu program qiamullail, sahur jamaie, solat subuh macam solat Jumaat, tazkirah bertajuk Integriti, Jihad Sanubariku, pertandingan hafazan al-Quran, pemberian sampul Subuh kepada jemaah kanak-kanak dan cabutan istimewa oleh Bank Islam.

Turut serta menjayakan program berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Program dijangka tamat pukul 7.30 pagi selepas sesi bergambar. – MalaysiaGazette