Home Utama Kerusi panjang HTAA diganti baharu dengan segera – Razali

Kerusi panjang HTAA diganti baharu dengan segera – Razali

KUANTAN –  Kerusi usang yang ditempatkan di ruang menunggu Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akan diganti segera oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Ir Razali Kassim  berkata kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM24,500 bagi pembelian 35 set kerusi panjang yang baharu dan akan dihantar secepat mungkin oleh pembekal ke hospital itu.

“Kerajaan negeri bersetuju meluluskan peruntukan segera bagi menggantikan kerusi-kerusi uzur.

“Peruntukkan segera diperlukan kerana khuatir kalau tunggu Kementerian Kesihatan akan melalui proses yang memakan masa sikit, jadi kerajaan negeri usaha bantu.

“Saya dimaklumkan Pengarah Kesihatan Negeri pada Ahad kemungkinan esok (Selasa) pembekal akan hantar kerusi tersebut,” katanya.

Ir Razali Kassim

Beliau berkata demikian kepada MalaysiaGazette ketika diminta reaksi isu kerusi HTAA yang kelihaan buruk tetapi masih digunakan yang mula viral sejak lima hari lalu.

Kerusi-kerusi yang ditempat di hospital itu terlalu ‘uzur’ sehinggakan terkoyak dan berlubang-lubang.

tersebut bukan sahaja koyakhon penggantian baki kerusi yang lain menerusi peruntukkan daripada Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Razali berkata, pihaknya akan memantau keadaan aset itu secara menyeluruh di seluruh negeri ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan kepada pengunjung dan pesakit.

“Kita sedia maklum permohonan penggantian yang baru  memerlukan sedikit masa dan pelbagai proses. Jadi kerusi yang lain akan dibuat penggantian  lain akan dibuat melalui KKM kemudian,”katanya.

Minggu lalu, tular sebuah video menerusi Tik Tok keadaan kerusi panjang berwarna biru di ruang menunggu yang rosak hingga mengundang ketidakselesaan pengunjung.

Video tersebut dimuat naik pengguna @Jaarossi berdurasi 28 saat telah meninggalkan pelbagai reaksi netizen dan mendapat lebih 200,000 tontonan.

“Aduh sedihnya (melihat keadaan kerusi) Manalah YB, manalah Adun dan Exco Kerajaan Negeri Pahang?

“Dah nak hancur, tak ada ke YB (Yang Berhormat) yang kaya-kaya nak sponsor kerusi?” kata pemilik akaun Tik Tok tersebut.

Selepas ia tular, difahamkan Setiausaha Politik Menteri Besar Pahang telah membuat lawatan ke HTAA bagi mengetahui situasi sebenar. – MalaysiaGazette