Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Kilometer 218, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan menghala Alor Gajah, Melaka hari ini. - Gambar ihsan bomba.

KUALA LUMPUR – Sebuah lori dengan muatan konkrit terbakar di Kilometer 218, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan menghala Alor Gajah, Melaka hari ini.

Komander Operasi Bomba Melaka, Mohd Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 2.20 pagi.

Menurut beliau, seramai 23 orang pasukan bomba daripada tiga buah balai berhampiran iaitu Balai Bomba Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Tangga Batu dan BBP Rembau telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman yang berlaku dan dianggarkan sehingga 50 peratus kebakaran,” katanya.

Bagaimanapun tidak ada sebarang laporan kemalangan jiwa dilaporkan.

Operasi ditamatkan 4.20 pagi setelah memastikan tiada lagi punca api dan kemerbahayaan lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast