Vladimir Putin. Photo Facebook.

MOSCOW – Penyandang Presiden Rusia, Vladimir Putin memperoleh 87.3 peratus undi dalam pilihan raya presiden selepas 99.83 peratus undi dikira.

Jumlah itu adalah data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC) Rusia.

Calon Parti Komunis Nikolai Kharitonov berada di tempat kedua dengan 4.31 peratus.

Vladislav Davankov dari New People Party pula mendapat 3.83 peratus undi, dan Leonid Slutsky, Ketua Parti Demokratik Liberal, memperoleh 3.21 peratus undi.

Pilihan raya Presiden Rusia diadakan selama tiga hari dari 15 hingga 17 Mac.

Di bawah peraturan pilihan raya Presiden Rusia, calon yang menerima lebih daripada 50 peratus undi akan diisytiharkan menang.

Pengundian melibatkan sejumlah 29 wilayah, termasuk Moscow.

Pilihan raya itu disertai oleh 1,115 pemerhati antarabangsa dan pakar dari 129 negara.

Presiden yang baharu dipilih akan berkhidmat selama enam tahun.

Putin, yang diramalkan menang berdasarkan keputusan awal, akan mengangkat sumpah jawatan selepas pengumuman rasmi keputusan dan berkhidmat sebagai presiden Rusia buat kali kelima. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast