SUNGAI BULOH – Kesemua lapan daripada sembilan kilang musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, bagaimanapun hanya sebuah kilang lagi musnah hampir 50 peratus dalam kebakaran itu.
“Kebakaran melibatkan sembilan kilang lot bangunan kelas B dan dapat dikawal pada jam 7.40 malam pada Isnin.
“Bagaimanapun kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.16 pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang pada Isnin.
Seramai 54 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Selayang, BBP Batu Arang, BBP Sungai Pinang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi. – MalaysiaGazette