Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, di sini, pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), ACP Raub Selamat berkata, bayi cukup sifat tersebut ditemukan oleh orang awam pada jam 8.30 pagi.

“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek utama yang membuang bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi tersebut ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dari 11 Mac sehingga semalam dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, sekali gus memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323, atau Pegawai Penyiasat Nur Adila Zainuddin 019-4039257. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast