TOKYO – Lapan kelasi maut selepas sebuah kapal tangki yang menggunakan bendera Korea Selatan terbalik di pantai barat Jepun.
Seorang lagi ditemui dalam keadaan tidak mengancam nyawa manakala dua lagi masih hilang, kata pengawal pantai Jepun.
Kapal Keoyoung Sun terbalik di wilayah Yamaguchi selepas kru menghubungi bantuan sekitar jam 7 pagi pada hari Rabu.
Pencarian masih dijalankan untuk mengesan dua lagi kelasi yang berada di atas kapal.
Kapal yang membawa 980 tan asid akrilik itu dilaporkan berlabuh kerana cuaca ribut.
Operasi menyelamat telah dijalankan berhampiran dengan bandar Shimonoseki di barat daya negara itu.
Pengawal Pantai Jepun melaporkan anak kapal terdiri daripada dua warga Korea, lapan warga Indonesia dan seorang warga China.
Angin dengan kelajuan sehingga 54km (33 batu) sejam diukur di kawasan itu pada hari Rabu. – Agensi