Ezahar Abu Sairin menyerahkan notis pembatalan syarikat dan tutup kilang kepada Soh Hui San di Menara MPBP hari ini.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaan dan menutup operasi perniagaan syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd.

Syarikat Xin Jian Chang adalah pembekal stoking yang tertera kalimah Allah ke KK Mart sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.

MPBP berkata, penyerahan notis itu susulan perlanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh MPBP iaitu stor dan pengedar kasut.

May be an image of text

Penyerahan notis itu disaksikan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP di Menara MPBP hari ini.

“Tindakan ini di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13(2) dan Undang-Undang Kecil 49(2) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaana dan Perindustrian MPBP 2016,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Xin Jian Chang, Soh Hui San telah menerima notis tersebut.

Sabtu lalu, pemilik syarikat tersebut, Soh Chin Huat berkata, stoking dengan kalimah Allah itu diimport dari China.

Stoking itu dikatakan tiba di kilangnya di Batu Pahat pada tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast