KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar.

“JPA menegaskan bahawa maklumat yang tertera di poster tersebut adalah palsu.

“Poster itu adalah dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” jelasnya JPA menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya.

JPA turut melampirkan poster palsu berkenaan dengan memaparkan bahagian bawah menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.

Poster palsu itu antara lain menyatakan bantuan khas terbabit akan dibayar pada 5 April ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast