Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terbeli atau menemui bagi stoking yang tertera kalimah Allah diminta supaya membuat laporan polis dengan segera.

Malah mereka juga tidak perlu memuat naik penemuan stoking itu di mana-mana platform media sosial untuk ditularkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, menyerahkan stoking itu penting kerana ia dapat membantu polis mengesan mana lagi kedai yang masih menjualnya kepada orang ramai.

“Kalau sudah terbeli saya syorkan janganlah digunakan walaupun pemiliknya bukan seorang Islam kalau dipakai ia akan menimbulkan lagi amarah orang-orang Islam.

“Siapa yang dah terbeli elok datang serahkan kepada polis bagitahu di mana dia beli, jadi kita boleh tahu mana lagi yang masih ada barang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu hari ini, pada sidang media sama, Mohd Suhaily memaklumkan, polis telah melengkapkan dua kertas siasatan berhubung perkara itu.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Pejabat Peguam Negara. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast