Foto: PDRM


KUALA LUMPUR – Dua pennggang motosikal maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membaitkan lapan kenderaan di KM111.4 Lebuh Raya Utara Selatan (U) Yong Peng-Pagoh dekat Batu Pahat, Johor awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lapan lelaki warga Singapura menunggang motosikal secara konvoi dari Singapura menghala ke Pagoh, Muar untuk bersahur.

“Semasa dalam perjalanan sebuah motosikal telah pancit tayar dan penunggangnya berhenti di RNR Yong Peng,” kata beliau sambil menambah pihanya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kemalangan itu kira-kira jam 3 pagi menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail, menyedari kejadian tersebut tujuh orang penunggang di hadapan telah memberhentikan motosikal mereka dan menunggu di lorong kecemasan.

Tambah beliau, bagaimanapun sejurus kemudian sebuah lori kontena dari arah yang sama telah hilang kawalan dan termasuk ke lorong kecemasan lalu terlanggar kumpulan penunggang motosikal berkenaan.

Akibat daripada perlanggaran tersebut, beliau berkata, dua penunggang motosikalsikal, kedua-duanya berusia 26 tahun, maut di tempat kejadian.

“Manakala empat orang lagi mengalami cedera parah dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar,” ujarnya.

Kata beliau, pemandu lori kontena berusia 33 tahun danĀ kelindan berumur 29 tahun dan salah seorang penunggang motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ismail memberitahu, pemandu lori itu telah ditahan reman tiga hariĀ  sehingga hingga 25 Mac ini bagi membantu siasatan.

Katanya,, ujian urine dan alkohol terhadap pemandu lori kontena mendapati ia negatif. – MalaysiaGazette